Perasaan yang sedikit takut telah memaksa saya untuk membuat carian tentang ikhtiar yang boleh saya usahakan supaya dengan izinNya saya dapat bersalin juga sebelum due date-27.12.15.

Pada carian Google saya menaip: ‘ikhtiar mudah bersalin’.

Alhamdulillah, ramai juga para blogger yang sudi berkongsi usaha-usaha supaya proses bersalin dapat dipermudahkan; tidak kira sama ada pengalaman orang lain atau daripada pengalaman mereka sendiri.

Di bawah ini saya himpunkan beberapa cara mudah bersalin yang dinukilkan daripada blogger-blogger tersebut. Jika ibu-ibu ingin mengetahui lanjut tentangnya, dijemput meng’klik’ pada ‘alamat’ link blogger yang tertera.

Di blog Rashidahjuhari (http://www.rashidahjuhari.com/2014/07/4-tips-mudah-bersalin.html), beliau kongsikan tips mudah bersalin daripada pengalamannya sendiri seperti sentiasa mengamalkan membaca al-quran di sepanjang tempoh tersebut, sentiasa memohon kemaafan daripada sesiapa sahaja terutamanya suami dan keluarga, menggalakkan mengambil makanan tambahan (beliau merupakan pengedar produk Shaklee), juga tak dilupakan mengambil minyak/air selusuh. Di bawah adalah merupakan keratan yang saya ‘gunting’ daripada blog beliau.

rashidah1 rashidah2

Daripada blog http://juenasfah.com/index.php/2015/08/17/ikhtiar-mudah-bersalin-dengan-air-selusuh/ pula menemukan saya dengan 3 cara untuk menyediakan minyak/air selusuh sebagai salah satu ikhtiar. Ia sangat berguna bagi kita yang berhasrat untuk membuatnya sendiri. Semoga ia dapat dijadikan panduan untuk kita semua hasil daripada perkongsian beliau.

mamcakah4 mamcakah1 mamcakah2 mamcakah3

Farrah http://notafarrahirwan.blogspot.my/2012/12/tips-senang-bersalin.html pula banyak berkongsi tips senang bersalin di samping doa-doa yang diselitkan agar dipermudahkan proses ini.

farrah2 farrah3 farrah4 farrah5

Untuk lagi panduan mudah bersalin bolehlah menjenguk di sini untuk menambahkan lagi info tentangnya.

http://ekliar assiqconcept.blogspot.my/2015/08/ikhtiar-mudah-bersalin-normal.html
Tip Hamil: Doa Agar Mudah Melahirkan Anak
http://mamaeija91.blogspot.my/2015/07/minyak-kelapa-dara-bantu-memudahkan.html

Seusai dengan sedikit ‘case study’ daripada ‘university Google’ ini memaksa saya untuk berikhtiar segera dengan 2 cara di bawah, selain daripada doa-doa dan bacaan al-quran yang telah saya amalkan selama ini:

Pertama.Pencarian mana-mana minyak selusuh yang ada di pasaran.
Kedua. Konsumsi buah kurma.

1-Pencarian mana-mana minyak selusuh yang ada di pasaran.

Daripada perkongsian berharga bloggers tersebut, saya merasakan saya perlu mencari minyak selusuh, ‘selusuh’ yang mungkin pada pemahaman saya sebagai minyak pelincir. Minyak pelincir untuk mudahkan baby menjengah alam dunia.

Saya ingin mencari minyak selusuh yang agak reasonable pada harganya kerana saya tahu nowadays yang dijual secara online memang terdapat pelbagai jenis brand, bergantung kepada kemampuan ‘menang membeli menang memakai’ ibaratnya; namun, saya teringatkan kepada salah satu minyak yang dijadikan sebagai minyak selusuh di mana saat saya dalam kesusahan semasa menerankan anak yang pertama dahulu, minyak inilah yang menjadi asbab anak saya berjaya ‘meluncur’ laju dari rahim ini. Alhamdulillah.

Inilah minyak selusuh tersebut. Minyak Habbah’s keluaran PRM.

minyak habbah

Minyak ini adalah campuran minyak Habbatus sauda’, minyak kelapa, minyak zaitun, juga beberapa herba terpilih lain.
Ia bukan sahaja boleh dijadikan sebagai minyak selusuh tetapi juga untuk pelbagai agen penyembuh lain. Klik di sini untuk mengetahui lanjut. Anda pasti terkejut jika saya menyatakan harganya; kerana ia hanyalah bernilai RM9.00 bagi Semenanjung Malaysia. In sha Allah anda pasti mampu memilikinya jika harga menjadi perbandingan anda dalam mencari produk minyak selusuh ini.
2. Konsumsi buah kurma

Al-quran adalah sebagai petunjuk, panduan dan peringatan buat kita hambaNya. Setiap bait ‘kata-kata’ Allah dia dalamnya pasti ada hikmah yang perlu kita tatapi. Surah Maryam adalah suatu surah yang jika diamalkan sepanjang tempoh ‘berbadan dua’ in sha Allah, maka mudahlah proses bersalin dengan izinNya. Sekiranya kita teliti kisah Maryam pada ayat x hingga y yang Allah sebutdalam kalamnya ini:

Ayat-ayat ini memberi kita ‘hint’ tentang sesutu yang berkaitan dengan proses bersalin iaitu ‘buah kurma’ dan ‘bersandar’. Rupa-rupanya suatu kajian perubatan yang dijalankan ke atas ibu mengandung di akhir-akhir minggu kehamilan telah menunjukkan bahawa khasiat buah kurma dapat membantu mempermudahkan proses bersalin dan memendekkan masa sakit bersalin yang dialami oleh ibu-ibu.Rujuk di sini. Ternyata, Allah Maha Mengetahui mana yang terbaik buat hambaNya; manfaat dan zat yang Allah ciptakan di dalam buah kurma adalah yang terbaik untuk diamalkan buat ibu mengandung sehingga Allah berikan petunjuk itu di dalam Surah ini sebagai panduan untuk kita. Sebagai hamba Dia, sakit bersalin yang tidak lain tidak, PERLU dirasai kesakitannya tetap dilalui oleh ibu-ibu dan ia tidak dapat dielak atau lari daripadanya; namun ikhtiar yang dilakukan dapat sedikit sebanyak boleh mengurangkan rasa sakit yang berlebihan jika tanpanya.

Dalam surah ini juga, ibu Maryam kita menahan rasa sakitnya dengan bersandar pada pangkal pohon kurma; kajian juga ada menemui bahawa posisi dalam keadaan duduk menegak atau bersandar lebih efektif untuk mengurangkan kesakitan berbanding jika kita berbaring. Ya, ayat-ayat Allah terlalu banyak hikmah yang perlu kita teliti dalam meniti kehidupan ini. Ambillah ia sebagai pedoman untuk dihayati dan diamali. Boleh rujuk di sini.

Dengan kedua-kedua ikhtiar ini selain daripada doa yang tidak putus dan solat-solat sunat, saya mohon kepada Rabbul Jalil semoga hajat dan impian saya dimakbulkan oleh Allah. Saya mohon kepada Allah semoga:

Saya dapat bersalin sebelum due date.
Proses bersalin saya dipermudahkan segalanya.
Saya bersalin tanpa episiotomi.
Semoga Allah memberi saya kekuatan dan keteguhan iman dan kesabaran untuk menghadapi rasa sakit nanti dan
Semoga semuanya selamat, in sha Allah.

Saya tahu Allah Maha Mendengar dan ‘…Tuhanmu tidak lupa’ kerana ‘Dia lebih dekat daripada urat nadi di lehermu’. BagiNya, segala adalah mudah kerana jika Dia berkata ‘Jadi, maka Jadilah’. Kun Fayakun.

In sha Allah, doakan saya semua.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s