Prosedur Yang Ibu Hamil Penghidap Kencing Manis Perlu Tahu jika Terlewat Tarikh Akan Bersalin.

Menjengah usia kandungan saya yang sudah pun masuk minggu ke-39 membuatkan diri saya sedikit gusar dan bimbang memandangkan tanda-tanda besar untuk bersalin belum muncul; yang ada hanyalah tanda-tanda false labour seperti Braxton Hicks yang sesekali menjelma. Belum lagi ada rasa sakit atau contraction yang kuat untuk memaksa anak untuk mengintai dunia di luar.

Ia ditambahi dengan perasaan sedikit takut setelah temu janji dengan doktor pagi tadi yang saranannya masih terngiang-terngiang di telinga saya.

“Untuk ibu yang menghidap kencing manis seperti puan, tarikh bersalin mestilah tidak lebih daripada tarikh jangkaan; ini semua untuk mengelakkan komplikasi yang buruk jika bersalin lebih daripada tarikh tersebut. Untuk jenis diabetes on diet seperti puan, puan perlu masuk ward pada tarikh tersebut, jika ibu-ibu diabetes yang bergantung pada insulin, mereka perlu bersalin seawal minggu ke-38 lagi”.

Ya, untuk kandungan ke-4 kali ini, saya telah dikatakan menghidapi kencing manis atau mengikut bahasa perubatannya ialah Gestational Diabetes Mellitus (GDM) atau mengikut bahasa kampung yang lebih mudah difahami iaitu ‘kencing manis semasa mengandung’; walaupun minda saya selalu mengatakan ‘Saya tak ada kencing manis, saya tak ada kencing manis’.

Alasannya ialah ujian OGTT (atau minum air gula) yang dilakukan tersebut semasa kandungan saya masih terlalu awal, di saat saya yang ‘mabuk-mabuk cinta’. Dalam keadaan sedemikian, sudah pasti di situ adanya rintangan insulin yang menyebabkan tahap glukosa yang normal dalam darah melebihi yang disarankan iaitu 7.8…namun, ia hanya melebihi 0.1 sahaja (7.9) selepas ujian 2 jam menghadam 75gm glukosa yang dilarutkan dalam 250ml air tersebut.

Namun, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya dan saya perlu redha kerana telah dinobatkan sebagai ibu mengandung penghidap kencing manis.

Doktor menyambung lagi tentang prosedur yang bakal dihadapi oleh saya sekiranya pada 27.12.15 masih lagi belum bersalin. Apa yang doktor mungkin lakukan ialah: 1)Cuba memasukkan ubat untuk paksa bersalin atau dikenali sebagai induced method setiap 6 jam (jika masih tidak bersalin) dengan maksima hanyalah sebanyak 4 kali. Jika tiada jua bukaan jalan, maka cara terakhir iaitu kaedah 2)tak lain tak bukan, LSCS atau melalui pembedahan.

Pilihan pertama dan kedua tersebut menambahkan debaran di hati saya. Kaedah induced itu menjadikan saya agak obsesi mendengarkannya kerana ia telah pun saya alami semasa melahirkan anak yang pertama dan kedua. Kaedah ini tidak lain tidak bukan menyebabkan sakit menjadi terlalu panjang; dapat saya rasakan sakitnya terlebih sedikit daripada mereka yang dapat bersalin secara alami tanpa paksaan.

Pilihan kedua pula sudah pasti pilihan yang saya benar-benar minta dijauhkan. Entah mengapa mendengarkannya sahaja membuatkan saya betul-betul fobia. Minta maaf.

Semasa dalam perjalanan pulang dari pertemuan itu, saya cuba untuk menerima kenyataan dan cuba meletakkan diri saya dalam keadaan BERSEDIA sekiranya situasi tersebut berlaku. Ia adalah bertepatan dengan pengakuan diri sebagai seorang hambaNya yang lemah di mana tiada upaya kita selain daripada bersikap REDHA di atas segala kemungkinan yang dijangkakan berlaku.

Tetapi, minda dan jiwa saya saling berdialog dan mereka berdua seperti mengatakan kepada saya:

“Anda tidak boleh berputus asa. Mungkin anda tidak sedar, termasuk hari ini, anda masih mempunyai baki 6 hari sebelum due date. Jadi, mengapa anda hendak membiarkan kemungkinan tersebut mungkin menjadi realiti tanpa sebarang usaha dan ikhtiar?” Mereka terus memberitahu, “Ingat, Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu selagi dia tidak mengubahnya. Jadi, mengapa anda perlu lemah, anda kena KUAT. Do something. Ikhtiar sesuatu.”

Ia suara hati saya. Saya amat bersetuju dengan saranan mereka berdua.Betul,saya tidak boleh berputus asa dan menyerahkannya kepada takdir; selagi ada masa, saya kena berusaha dan berikhtiar agar Allah makbulkan doa saya yang selalu saya minta.

Saya hendak bersalin sebelum due date dan saya minta moga Allah permudahkan segala proses bersalin nanti.

Sesampai di rumah, ini yang saya lakukan.

Teruskan membaca di sini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s